TIP HASILKAN EFEK TERBAIK ATAP GENTING

Atap genting mempunyai beberapa komponen yang penting. Perabung Atap atau Ridge & Hip Tile merupakan fitting bagi atap/bumbung, dipasang pada puncak atap, di atas lapisan getah perabung yang merupakan lapisan untuk mengelakkan kebocoran jika berlaku hujan. End cap & hip starter pula digunakan pada hujung atap bagi mendapatkan kemasan yang cantik.

  

Teknik memasang & memotong atap memerlukan kemahiran yang tinggi dan perincian yang tepat utk dapatkan hasil yg kemas. Pemasangan setiap keping atap genting memerlukan kesabaran, seharusnya diteliti saiz minimum headlap untuk mendapatkan hasil susunan atap yang sekata. Jika tidak, hasil yang kurang baik adalah akan menampakkan warna simen atap.

Pemasangan perabung atap sangat dititikberatkan dalam kalangan pekerja Faridaz. Setiap kepingan perabung dibuat ukuran saiznya agar sekata sahaja saiz sepanjang perbaung yang dipasang. Kekadang tukang menggunakan teknik menarik benang sebagai rujukan garis lurus. Inilah efek yang membuatkan bentuk atap betul-betul kemas dan menarik. Apabila semuanya kemas, barulah hati riang, lega dan selamat berteduh dibawahnya 🙂

Tambahan: Pemilihan atap, pilihlah jenama yang berkualiti. Dimension atau ukuran setiap genting adalah consisten, menjadikan setiap pemasangan tiles lebih consisten.