5 KESILAPAN BUAT PELAN BANGLO

5 KESILAPAN BUAT PELAN BANGLO

Pelan adalah maklumat lengkap mengenai rumah yang bakal dibina yang memudahkan perbincangan antara tuan rumah dan pihak yang bakal membina rumah tersebut seperti kontraktor rumah. Ramai yang sangkakan buat pelan rumah ni tak penting sangat, sebab orang dulu-dulu atau tukang kampung boleh je bina rumah tanpa pelan.. Betul ker?

1) PELAN BANGLO TANPA KELULUSAN

Boleh ke nak bina rumah tanpa buat pelan dan dapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)? Pastinya boleh jika anda bina rumah secara tunai dan tanpa diketahui oleh PBT. Jika diketahui oleh PBT semestinya pembinaan mesti dihentikan sementara bagi mengemukakan dokumen2 yg diperlukan PBT, dan denda perlu dibayar. Tetapi tidak boleh sama sekali jika anda berhasrat untuk memohon pinjaman perumahan, tidak kiralah samada pinjaman Bank ataupun Kerajaan, syarat utamanya mestilah anda mempunyai pelan banglo yang diluluskan PBT.

2) PELAN BANGLO TIDAK SESUAI

Pelan banglo mesti sesuai dengan bentuk tanah dan keadaan sekitar kejiranan. Tema dan rekabentuk binaan pun mestilah sesuai. Kreativiti design rumah ni boleh ditokok tambah sendiri mengikut kemahuan anda. Sukakan ruang dalam rumah luas terbuka? anda boleh fikir terus bagaimana susun atur perabot dalam rumah nanti. Jika pelan banglo salah di lakar dan designer pun tangkap muat je, banglo anda akan kelihatan pelik dan buruk.  Oleh itu, jumpa orang yang pakar dalam membuat pelan banglo.

3) PELAN BANGLO OVER BAJET

Anda kena tahu berapa bajet anda supaya pelan yang direkabentuk tidak melebihi bajet anda. Ramai yang obses dengan pelan dan design sehingga dah berhabis duit utk kos pelan, tapi bila datang jumpa kontraktor kos bina rumah terlebih2 daripada bajet asal. Bila nak buat pelan baru kena tambah kos lain pulak. Design yang terlalu kompleks juga memakan kos lebih tinggi daripada yang anda peruntukkan.
Jadi, alangkah baiknya terus berjumpa dengan kontraktor terlebih dahulu untuk memudahkan anda membuat pengurusan peruntukan yang diperlukan untuk rumah dan dapatkan khidmat nasihat dengan lebih jelas lagi.

4) JIMAT KOS PELAN BANGLO

Anda terlalu berjimat sampai dapatkan khidmat nasihat dari pelukis pelan yang bukan profesional dan kurang pengalaman? Kekadang kos pelan tanpa pandangan 3D boleh jimakan kos, tapi anda sebagai pemilik, tak boleh nak bayangkan design yang dikeluarkan oleh pelukis pelan tersebut. Cara yang lebih selamat adalah anda minta butiran kos yang terlibat untuk membuat pelan rumah ini. Pastikan juga harga pelan rumah anda termasuk sekali dengan harga mendapatkan CCC atau CF ( Sijil menduduki dari Majlis).Tidak salah berjimat tapi pastikan anda mendapatkan nasihat dari pihak yang betul.

5) TAK BUAT RESEARCH

Sebelum anda ingin membuat pelan atau bina rumah, anda haruslah membuat sedikit kajian bagi mengelakkan anda dari di tipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Pernah berlaku juga kes tipu buat pelan yang merugikan pemilik sehingga beribu ringgit. Jika anda ada sedikit ilmu, anda boleh bahas dan mendapatkan hak anda.

 

3D Design

Working Drawing

Jadi, kaedah terbaik untuk membuat pelan adalah dengan berjumpa dengan yang pakar. Iaitu pelukis pelan berdaftar, seperti Faridaz Group. Team design kami serba lengkap, berpengalaman membina rumah banglo yang berbagai-bagai design.

Jika rasa info ini bermanfaat, rajin-rajinkan tangan untuk share.